BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 2, 2010

Wajarkah...

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH: ADAKAH WAJAR 18 BULAN ?



KPLI bakal dilanjutkan tempoh pengajiannya selama 18 bulan berbanding 12 bulan sebelum ini. Demikian kenyataan yang dieluarkan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim. Keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti. Ini menunjukkan bahawa usaha Kementerian Pelajaran berhubung perkara ini telah lama dikaji dan dijangka dengan memanjangkan tempoh kursus tersebut, berupaya untuk memantapkan profesion perguruan yang melibatkan graduan lepasan universiti yang mempunyai pelbagai latar belakang disiplin ilmu.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia. Latihan perguruan tersebut dilaksanakan di 27 buah kampus perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara.

Lawak atau nasihat...

GURU SEBENAR GURU : KISAH CACING, AIR MINERAL DAN ARAK

sumber: http://websitifatimah.wordpress.com/2009/08/10/guru-sebenar-guru-kisah-cacing-mineral-dan-arak/


Di sebuah sekolah rendah, seorang guru (mana-mana pelajaran pun boleh) yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya minuman keras (arak) kepada kesihatan badan manusia. Sebelum memulakan mata pelajarannya (set induksilah tu…), guru telah menyediakan bahan sumber pengajarannya iaitu 2 ekor cacing yang hidup, dua biji gelas yang masing-masing berisi air mineral dan arak.

Tanpa memberi penerangan berhubung dengan kajian (set induksi) yang akan dilakukannya, guru meminta murid-murid memerhati uji kaji tersebut.

“Cuba perhatikan murid-murid…. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing –cacing ini ke dalam kedua –dua gelas yang berisi air mineral dan air arak. Perhatikan betul-betul. “

“Baik..cacing di sebelah kanan saya akan dimasukkan ke dalam gelas berisi air mineral. Manakala cacing sebelah kiri saya pula akan dimasukkan ke dalam gelas berisi air arak. Perhatikan betul-betul.”

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing tersebut. Suasana menjadi senyap sunyi. Mereka ingin tahu apa yang berlaku kepada ke dua-duanya.



Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang (dengan gembiranya ….. he….. he….. he….. ) di dasar gelas tanpa menghadapi apa-apa masalah. Manakala cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air arak, mengelupur lalu mati. Hal ini mengundang perasaan takut kepada pelajar apabila melihat cacing mati dalam kadar segera setelah dimasukkan ke dalam gelas berisi air arak.

Wah… cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya sebentar tadi. Dengan penuh semangat, guru bertanya kepada murid tentang kesimpulan yang diperolehi hasil kajian yang dilihat oleh mereka.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat pelajari dari ujikaji yang telah cikgu tunjukkan sebentar tadi?”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

“UNTUK MEMBUNUH CACING DI DALAM PERUT KITA…MINUMLAH AIR ARAK.

Guru itu menepuk dahinya…adoooi…he..he…he…


Pengajaran : Dalam apa jua aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberi penerangan yang jelas agar murid memahami apa yang diajar oleh guru.

Promosi

miracle music





kartun...

Internet...



Alat Komunikasi




Guru Disiplin



PPSMI?



KALAU GURU TIDAK BERSEDIA

DALAM KELAS BANYAK BERCERITA…

KALAU GURU SENTIASA BERSEDIA

MURID CERDIK KELAS CERIA


KALAU GURU SENTIASA SIBUK

MURID MENJADI HIRUK PIKUK…

KALAU GURU SENTIASA ADA

MURID GEMBIRA DITUNJUK AJAR




Hormati Guru




KALAU SUKA MENJADI GURU

BEKAL DIRI SEGALA ILMU

KALAU TAK SUKA MENJADI GURU

MURID RUGI NEGARA TAK MAJU


**KALAU GURU MALAS MEMBACA

ILMU DIAJAR TIDAK TENTU PUNCA…

KALAU GURU RAJIN MEMBACA

MURID MENURUT HINGGA BERJAYA